super awesome
sweet owner

aaauuuummmm



Diaries Owner stolen Stuff

hello peeps ! welcome to my super awesome:D


Bigfoots!



FLY ( ! )

twitter @ sharifahpnabila
Facebook: bellaa's yaww
Owner: ZAIRA
Others:   


angin ahmar..


Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggikencing maniskolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.


ya Allah engkau sembuhkanlahh pakcik ku dari penyakit ini.. sesungguhnya hari ni baru aku mengenali pakcik sejak sekian lama tidak berjumpa,pakcik ku jugak tidak mengenali ku ,Engkau panjangkan umurnya ,kau temukan la pasangan hidupnya..agar hidupnya tidak sunyi .
syed lockman bin syed ahmad wahai pakcik ku anak sdara mu mendoakan mu agar di panjangkan umur.
td pergi melawat pakcik tengok keadaan yang lemah susah nak berbicara ,aku hampir menitiskan airmata ,tapi aku tahan ,tidak mahu pakcik ku nampak airmata ku ini,
baru ku tahun begitu ramai ayh mak sedara yang aku tidak kenali,
emmm,moga engkau beri perlindungan & panjangkan umur mereka.